Menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini genaplah umur Qaisara Alyn Ardiny 3 bulan setengah. Tahun ini kami beraya di Perlis.
Hari Raya Pertama cuma kami dan adik sahaja beraya di rumah emak, dan pada hari raya ke-4 baru kakak pulang dari Kelantan untuk beraya bersama-sama. Namun begitu raya tahun ini pelbagai aktiviti dapat dijalankan bersama-sama keluarga.
Dalam perjalanan menikmati laksa janggus di Kampung Perlis Balik Pulau, kami singgah sebentar di Masjid Jamek Balik Pulau untuk menunaikan fardu Asar. Apabila berada di dalam ruang solat utama hanya kami sahaja yang menjadi tetamu rumah Allah ini pada waktu itu. Terasa betapa kerdil sekali diri ini bila berada di sini. Selesai solat kesempatan diambil untuk meninjau sudut-sudut menarik di ruang masjid ini.